Showing posts with label NonaNadzirah. Show all posts
Showing posts with label NonaNadzirah. Show all posts

19.5.11

Ke mana kita lepas ni?

Hai gadis semua, Assalamualaikum.

Hebat kan. Itu je nak cakap, sebab semua dah berjaya habiskan pengajian peringkat Sarjana Muda.

Lepas ni kena start hunting for a job. Yes

Kte pulak, kalau kte, tak dapat keje, akan terus sambung belajar, tapi kerja adalah keutamaan setakat ni. So, doakan kte dapat kerja yang bebaik, banyak hal nak buat ni. Tapi, kalau sambung master pun, xde salah rasanya kot. Cuma dana tu je, menjadi keutamaan bila nak sambung master ni.

Hopefully blog ni akan meriah dengan update kehidupan memasing lepas ni. Takda masa nak contact semua orang? So, blog ni boleh jadi medium persahabatan kita semua agar terus berkekalan. Love you guys! Keep in touch.

:)

15.5.11

Hari ni,
ada Pajama Party, tapi kitorang panggil Pijama Party. Sounds much better kan.
Well, best. Mesti best. Bagi Cik Sheqa & Dayang Jamayah, tak seronok korang takde kan.
Bagi Jem, Amar, Masyi dan Nurul, korang tak pernah rasakan Pijama ni. Hehe. Takpe-takpe, still boleh bergosip jugak kan.

19.4.11

Seronok sangat!

Ku lihat di setiap sudut, di segenap ruang,
Atas, Bawah,
Kiri, dan Kanan.

Ku lihat helaian  kertas putih berjalur-jalur hitam,
di atas tertitip satu pena,
pena tidak menari selagi si pemegang tidak mengerutkan dahi,
memerah otak,
hingga keluar satu benda bulat yang sangat comel, berupa jerawat.

Apakah yang sedang dilakukan?

Ku lihat lagi,
Ada yang duduk 90 darjah, bahkan 60 darjah,
yang berbaring apatah lagi,
segala kuak telah terserlah,
berdiri masih belum ditemui,
tapi berjalan bakal menyusuli.

Aku terjah,
aku terjah kertas yang mempunyai nombor-nombor disusun rapi,
Ahad sehingga Sabtu berupa hari-harinya.

Sedar!
Ini minggu menelaah,
baru tahun ini aku merasai,
setelah 10 semester menguasai,
1 semester akhir ini,
mengajar aku berdikari,
berdikari dalam erti kata lain,
belajar bukan menonton TV,
di mana lagi,
kalau bukan di rumah yang dicintai!

Selamat menelaah buat semua, dan kawan-kawan Tahun Akhir, selamat menyiapkan PSM, sambil studi, sambil siapkan, nanti exam, ada Viva Voce lagi! Barulah Pelajar Tahun Akhir namanya!


ND: Telaah dan Belajar

4.3.11

:0



 
HAPPY MARRIED NURUL

26.11.10

sepetang bersama cinta, syukran

Sepetang bersama cinta,
itu tandanya cinta masih bersama kita,
kita, dia, mereka, siapa pun berhak menerimanya.

Hari berkata dengan girangnya,
"tidakkah manusia itu sepatutnya gembira?"
hati mula menjawab, dengan sopan dia berkata,
"aku masih gembira, tapi mungkin bukan pada ketikanya."

Tergelak sendirian, menangis juga sendirian,
bukankah itu amat memeritkan?
Suka dan duka sepatutnya dikongsi dengan penuh rasa cinta,
cinta yang hadir dalam hati yang sedang gundah-gulana.

Pabila duka disambut dengan suka,
syukur atau syukran atau sememangnya diucap dengan lafaz
Alhamdulillah,
terima kasih Tuhan atas cinta yang kau beri.

Aku mencintaimu kerana Allah.
Ringkas tapi cukup bermakna,
tersenyum sendirian kembali,
semakin membara rasa kasih dalam diri,
bukan kerana apa,
hati juga perlu diberi rasa ingin disayangi,
justeru pabila perasaan gundah-gulana mula berubah,
rasa sayang mula menular.

Sayang bukan keterlaluan,
sayang juga perlu berada di landasan,
jangan tergelincir mahupun bergetar dari landasan itu,
merana tak sudah nanti,
memanglah, bila dah sayang,
janji semua dikota,

tapi janji padaNya, bukankah itu lagi hebat pegangannya?

Mencintaimu wahai manusia kerana Allah,
itu saja cukup kuat menggambarkan kata-kata semangat,
lontaran janji oleh sang hati tika menambat sang hati,
kaget, lantas tersenyum kembali tatkala mengingatinya.

lantas segar kembali,
bangkit dari kisah lapuk cinta tak kesampaian,
bangkit dari kisah kecurangan,
bangkit dari kisah kawan makan kawan,
bangkit dari kisah lamunan,
kerana itu semua tidak berlandaskan cintaNya.

Memanglah bukan mudah,
tapi tak sukar bukan.
Langkah mencari cinta baru itu sangat payah,
takut digelar kerakusan kasih sayang pada mata yang memandang,
jadi gundah-gulana mula menjadi peneman setia,
tersenyum sendirian mula diambil tempatnya oleh sang tangisan kerinduan,
esakan dalam hati amat perit melihat cinta dirobek oleh itu dan ini.

Resah,
mungkin salahnya pada kita juga,
dalami hati,
mesti ada jawapannya,
mungkin dugaanNya pada kita,
redha itu sudah semestinya,
lantas merubah kita ke arah seorang yang matang
dalam apa jua tindakan.

Tika itu,
mesti ada sang hati mula jatuh cinta,
dan mungkin
bermula semula sesi menambat hati,
panah arjuna mula berbicara.

"Aku mencintaimu kerana Allah,
kerana aku tahu pemilik hati wanita itu,
adalah seorang lelaki yang suci hatinya dan mengagungkan cintaNya lebih dari segalanya".
InsyaAllah :)

25.9.10

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Tak sangka dah setengah bulan beraya. Jangan dilupa pada Ramadhan yang lalu. Terlalu banyak kisah suka duka berlaku. Bila terjadi di bulan Ramadhan, ianya lebih bermakna. Bukankah setiap bulan yang dilalui juga perlu dihargai?

Amacam? Sunyi je blog ni sekarang. Hopefully we can share our update here. Bukankah itu tagline kita?
So am I.

Sekarang, hidup ku masih seperti dulu. Tak pernah merasa bahagia duduk di atas, sentiasa berada di bawah. Tapi InsyaAllah satu hari nanti, atas usaha keras, atas juga ku daki. Biarlah orang memandang serong, bukankah setiap insan di dunia ini telah ditentukan rezeki masing-masing?

Yang penting ada mereka yang sentiasa menyokong tidak kira bila dan di mana. Terima kasih buat mereka ye. Tapi virus malas ni memang susah nak buang. Selagi malas, selagi tu kita tak maju kan?


ND: she is so lucky, but why does she cry, if there is nothing missing in her life, then why do this tears come at night?

11.8.10

di bulan mulia | ramadhan



selamat menjalani ibadah puasa, 
para gadis juwita
♥ 




25.6.10

The Single Ladies is Back For Their Holiday

Alhamdulillah
AND FINALLY IT'S OVER!!

"OUR INTERN - 3sbw"
3.5.10 - 25.6.10

*maaf la cik Syafa, kamu balik kampung kan time ni~

~Jumpa di Johore ye kawan-kawan~
*for our fin year

14.6.10

Ini aktiviti terbaru saya.
Mengajar kucing agar lebih pandai berposing.
Ok, lihat gambar bawah.
Bajet Hot jew!~


ape aktiviti terbaru korang, girlfrens???

19.5.10

Perkongsian itu...

“Saya ni nak sangat jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Tapi kan, bila jaga, nanti orang kata kita sombong la pulak sebab macam dah tak layan mereka”




“Saya ni nak berubah. Saya banyak buat benda tak baik. Saya selama ni tak jaga batas antara lelaki perempuan. Saya nak berubah, tapi setiap kali saya cuba berubah, kawan-kawan saya akan kata saya sombong sebab mejauhi mereka”

Begitulah antara yang boleh kita dengari dalam hal menjaga hubungan lelaki dan perempuan.Alasan yang paling kerap saya terima adalah – Takut nanti orang kata kita sombong. Takut orang kata kita sombong itu seakan menjadi alasan popular untuk tidak menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan.

Hairan saya. Redha Allah, dengan redha manusia, redha manusia itu lebih penting kah?

Dan benarkah menjaga hubungan antara lelaki perempuan, bermaksud kita kena jauhi mereka?


Apa yang sombong?

Sombong ini adik beradik bongkak. Biasanya, orang bongkak ini tak mahu bergaul dengan golongan yang lebih rendah daripadanya.

Satu kesalahan yang besar apabila orang menamakan mereka yang berubah menjaga batas hubungan lelaki perempuan sebagai satu kesombongan. Hal ini kerana, sombong menjaga standard dan usaha menjaga diri dari kemurkaan Allah adalah dua perkara yang berbeza.

Nak jaga dari kemurkaan Allah, nak jaga diri dari dilempar ke api neraka, itu sombong ke?

Satu kesilapan juga pada diri yang nak berubah, apabila dia sendiri melihat tindakannya berubah itu sebagai satu kesombongan. Dia pulak rasa dia sombong. Masalah la.

Sombong, atau jaga diri? Itu dua perkara yang berbeza.

Siapa ajar menjaga batas hubungan lelaki perempuan itu satu kesombongan?

Sebenarnya, rasa sombong ini boleh muncul, kalau kita salah cara menjaga hubungan lelaki dan perempuan.


Menjaga diri bukannya memutuskan hubungan

Orang yang nak berubah juga perlu faham bahawa mereka hakikatnya mempunyai hubungan dengan rakan-rakan. Walaupun mungkin rakan-rakan mereka masih tidak ada rasa hendak berubah, tetap rakan-rakan mereka itu adalah orang yang telah banyak menghabiskan masa dengan mereka sebelum ini.

Maka, apabila melakukan perubahan, antara perkara yang tetap perlu dijaga adalah hubungan. Hubungan memang langsung tidak boleh diputuskan. Bahkan perlu dijaga. Mungkin apabila hendak berubah, tak boleh la nak bergaul bebas macam dahulu. Tetapi apa salahnya bertanya khabar, memberi hadiah ketika hari lahir, menziarahi rumah ketika hari raya, dan sebagainya yang menunjukkan bahawa kita bukannya memutuskan hubungan dengannya.

Ini secara tidak langsung akan menghilangkan anggapan bahawa yang berubah itu adalah sombong. Bahkan, kemungkinan rakan-rakan yang masih rasa tak mahu berubah itu akan terkesan dengan peribadi kita yang menjaga hubungan dengan mereka, lama kelamaan mereka turut berubah sama.

Mereka akan lihat bahawa, kita hanya nak jaga perintah Allah. Bukannya nak tunjuk bagus. Sebab itu, walaupun kita berubah, mungkin dah tak boleh dah nak bertepuk tampar, nak bergesel-gesel tubuh, nak bercampur tak tentu hala, tapi kita masih menjaga hubungan antara kita dan mereka.

Ini pergi delete kawan dalam FB. Kawan tu pulak bukannya kacau dia pun. Konon-konon nak jaga hubungan lelaki perempuan. Masalahnya, dia tu kan kawan sebelum ni? Apa salahnya biarkan aja dia dalam FB tu? Nanti masa birthday, boleh ucap selamat hari lahir. Bila lama dah tak tanya khabar, boleh tanya khabar.

Apa masalahnya? Kita delete, itu yang orang kata kita sombong. Siapa suruh putuskan hubungan? Lain la kawan tu jenis yang kita dah tegur suruh beradab dengan kita, suruh jaga hubungan dalam perbualan dengan kita, dia tak jaga-jaga. Tak apalah delete.


Redha Allah, atau redha manusia?

Satu benda yang saya tak berapa minat adalah, suka beralasan. Sebenarnya, kalau benar kita hendak berubah, maka kita kena faham ke arah mana kita hendak berubah. Untuk orang kata kita ni baikkah? Untuk orang nampak kita baguskah? Atau benar-benar nak redha Allah?

Kalau niat kita manusia, memang kita akan mudah tergugah dengan kata-kata manusia. Bila manusia kata kita nak tunjuk bagus, nak nampak baik, kita akan terasa.

Tapi, kalau matlamat kita betul-betul adalah Allah, maka kata-kata manusia tidak pernah menjadi masalah buat kita. Cakap la apa pun, aku nak berubah nak dapat redha Allah. Kat akhirat nanti, bukan manusia yang masukkan aku dalam syurga.

Maka sebenarnya, alasan nanti orang kata sombong, tak boleh pakai pun.

Biarlah orang kata kita sombong pun. Apa masalahnya? Ada masalah?


Penutup: Tak susah pun berubah kalau faham

Berubah tak pernah susah kalau faham bagaimana sebenarnya cara berubah yang sebenar. Ramai orang, merasakan perubahannya satu kepayahan adalah kerana dia tidak memahami cara yang sebenar untuk berubah.

Sebagai contoh, nak jaga hubungan lelaki perempuan, dia rasa kena putuskan hubungan. Sedangkan, menjaga hubungan lelaki perempuan, dengan memutuskan hubungan adalah dua perkara yang berbeza.

Maka, memanglah kita nampak payah. Nanti nak gaduh dengan kawan lagi, nak tahan kawan kutuk lagi, nak mula seorang diri lagi, macam-macam punya lagi kita fikir.

Sedangkan, apa salahnya berubah, tetapi masih menjaga hubungan dengan kawan-kawan, dalam keadaan kita menjaga hubungan itu masih di dalam syara’.

Bukan setakat diri kita terjaga, bahkan menjadi satu wasilah dakwah pula. Mana tahu Allah buka hati mereka atas sebab kita.

Masalahnya, benda ni takkan mampu dilihat oleh manusia yang menyatakan: “Ala, nanti takut orang kata kita sombong” hanya sebagai alasan semata-mata untuk dia tak nak berubah.

p/s: thanks to akhi hilal asyraf for this article=)

18.5.10

N.I.C.E




KLIK TAU.
HAVE FUN!

.:: Si Gadis Manis Di Meja Pejabatnya ::.

Pagi-pagi
Bangun awal: Pukul 5 selalu dah terjaga. 
Yela, ibu sibuk tung-tang-tung-tang kat dapur.
Pastu susah nak tido balik
Adik dok sibuk nak bersiap pegi skola pulak, lagi x boleh tido..
Pas Subuh, selalu buat2 tido balik. 
Tapi, ibu kejut pulak..
"Ni kasi adek ko makan, ibu dah nak g keje ni. Die baru balik."
Hei ko ni, kenapa la baru nak balik!!
Dah kasi makan, die memekak, nak tido katanya.
Adeh, tengok jam, dah pukul 7. 
Nak tido ke tak..Em, baring2 dulu.
7.30 bergegas ke bilik tengah, gosok baju.
Selalu nak pilih baju pun masalah.
Kalau dah malas, 
T'Shirt la jawabnye ;) Sempoi beb
Mandi dan bersiap
Dah pukul 8.15 rupanya..
Sarap dulu, 
siap-siap kan bekal, owh daku memang bawak bekal ye. 
Jimat.
Dekat2 8.30 aku siap2 smuanya.
Dalam 8.40, ok gerak. Ayah yang menghantar ye. Kesian.
Tapi nak buat camne kan, aku takde kenderaan.
Nak jalan kaki, boleh je.
Pastu mandi la kat ofiz. Ke pegi keje takyah mandi?!
Ok gak kan.. ;)
Kalau ayah shift pagi, aku tumpang syka.
Ye, berjalan dalam 20 minit baru sampai tepi bus-stop.
Peluh lagi. Adeh. At least, exercise. Hehe..
Sampai ofiz, dalam 8.45/8.50 cmtu.
Dok borak dulu, 
Tunggu ofizmate datang.
Kadang2 tu dok diam je.
Tapi slalu ade la bahan yang ktorg nk ceritakan.
Ok,
dah masuk ofiz. Kunci pintu. 
On aircond. Tengok jam. Owh, baru pukul 9.*sigh
On laptop, biar die warm-up dulu.
Set tempat duduk.
Bukak Hotel City ;) dan on shift die.
Jarang maen, sebab duit tu tak cukup.
Bukak FB, tu dah jadi rutin.
Tengok perkembangan kawan-kawan.
Jeles tengok mereka pergi bercuti-cuti, yela cuti, nak buat ape lagi kan.
Kalau ada keje, baru bukak Acad. Kalau tak, dok camtu jela Acad tu.
Tengok jam lagi.
Owh, pukul 10..
Lambatnya nak petang.
Sambung 'googling'..Macam2 yang aku carik.
Kalau ada kerja, stop kejap.
Then, dah tengah hari.
Siap2 untuk lunch.
Syka, "makan-makan smua." Ayat yang selalu dia cakap. Hehe..
Ktorg bukak bekal, masih setia depan laptop.
Dah habis makan.
Sambung 'googling'..
Dah dekat petang, kemas2. Owh, dah pukul 4.50..Jom..
Pukul 5 je, dah kuar ofiz. Cepatkan.
Pegi round2 Taipan ni dulu.
Dah dekat 5.15 baru tunggu kat Bank Rakyat. 
Ye, ayah malas nak jemput dalam ofiz, sesak katanya.
5.20: Balik rumah.

..And it goes the same way everyday.. *.*

ND: Kerja memang tak banyak deh.



16.4.10

..the 'Parti Baju Tidur' last night was so nice. 
Even simple, but just imagine how our besties were updating their HOT stories.. 
LIKE-LIKE.. 
Then, tonite, but its rainy outside there..NVM. 
Now, just finished clean up the room, 
Updating my day, 
Tomorrow going back to Seremban and 
Sunday speed my trip to KL..
yeee!!.

I'm going back home.. ;)
Happy Holiday Besties.!

14.4.10

Sunyi je. 
Itu tandanya, 
kita semua sedang menelaah. 

Happy study. 

Lagi 1 kertas untuk dijawab esok. 
Best of Luck to our besties and me. 
teeehee-- ;)

9.4.10

TAHNIAH!

HAPPY TO GET BABY SOON, MY DEAREST JEMILA!~

ND: saya bila?!

6.4.10

:: Masih Ingat? ::

Korang ingat lagi tak kat cik marsitah. Pernah ajar studio dulu, waktu malam. She's married. Yang paling tak tahan, penggambaran beliau dibuat dengan bertemakan: Cinta Kampus. Al-maklumla, hubby dia pun student UTM gak dulu. & gambar ni diperoleh secara tidak sengaja ketika ku sedang asyik melayari blog :Rupajiwa: (Syarikat di mana hubby-nya bernaung). Tak sure bila kawen, tapi yang pastinya maseh baru lagi. BTW, happy married Puan Marsitah! ;)

ND: Tunggu la dia 'approve' me di FB.

:: Korang Rasa ::

Patutkah blog ini diprivasikan atau dibuka kepada awam?!
Konfius deh.

1.4.10

::Segar dari Ladang::

.~Miaow-Grrrrr~.

Harap maklum ye, baru je sangat blog ni dibuat. 
Jadi, tak sempat nak make-up die. 
Kalau ada ape-ape cadangan nak mencantekkan beliau ini, silalah bagi ye. 
Jangan silu-segan!-teehee


ND: teehee-ngee-weehee>>kunun-kunun gelak alaf baru!
Related Posts with Thumbnails