26.11.10

sepetang bersama cinta, syukran

Sepetang bersama cinta,
itu tandanya cinta masih bersama kita,
kita, dia, mereka, siapa pun berhak menerimanya.

Hari berkata dengan girangnya,
"tidakkah manusia itu sepatutnya gembira?"
hati mula menjawab, dengan sopan dia berkata,
"aku masih gembira, tapi mungkin bukan pada ketikanya."

Tergelak sendirian, menangis juga sendirian,
bukankah itu amat memeritkan?
Suka dan duka sepatutnya dikongsi dengan penuh rasa cinta,
cinta yang hadir dalam hati yang sedang gundah-gulana.

Pabila duka disambut dengan suka,
syukur atau syukran atau sememangnya diucap dengan lafaz
Alhamdulillah,
terima kasih Tuhan atas cinta yang kau beri.

Aku mencintaimu kerana Allah.
Ringkas tapi cukup bermakna,
tersenyum sendirian kembali,
semakin membara rasa kasih dalam diri,
bukan kerana apa,
hati juga perlu diberi rasa ingin disayangi,
justeru pabila perasaan gundah-gulana mula berubah,
rasa sayang mula menular.

Sayang bukan keterlaluan,
sayang juga perlu berada di landasan,
jangan tergelincir mahupun bergetar dari landasan itu,
merana tak sudah nanti,
memanglah, bila dah sayang,
janji semua dikota,

tapi janji padaNya, bukankah itu lagi hebat pegangannya?

Mencintaimu wahai manusia kerana Allah,
itu saja cukup kuat menggambarkan kata-kata semangat,
lontaran janji oleh sang hati tika menambat sang hati,
kaget, lantas tersenyum kembali tatkala mengingatinya.

lantas segar kembali,
bangkit dari kisah lapuk cinta tak kesampaian,
bangkit dari kisah kecurangan,
bangkit dari kisah kawan makan kawan,
bangkit dari kisah lamunan,
kerana itu semua tidak berlandaskan cintaNya.

Memanglah bukan mudah,
tapi tak sukar bukan.
Langkah mencari cinta baru itu sangat payah,
takut digelar kerakusan kasih sayang pada mata yang memandang,
jadi gundah-gulana mula menjadi peneman setia,
tersenyum sendirian mula diambil tempatnya oleh sang tangisan kerinduan,
esakan dalam hati amat perit melihat cinta dirobek oleh itu dan ini.

Resah,
mungkin salahnya pada kita juga,
dalami hati,
mesti ada jawapannya,
mungkin dugaanNya pada kita,
redha itu sudah semestinya,
lantas merubah kita ke arah seorang yang matang
dalam apa jua tindakan.

Tika itu,
mesti ada sang hati mula jatuh cinta,
dan mungkin
bermula semula sesi menambat hati,
panah arjuna mula berbicara.

"Aku mencintaimu kerana Allah,
kerana aku tahu pemilik hati wanita itu,
adalah seorang lelaki yang suci hatinya dan mengagungkan cintaNya lebih dari segalanya".
InsyaAllah :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails